NAKUntuk masuk ke pintu yang baru bukan suatu keputusan yang mudah. Sedangkan itu adalah salah satu angan² yg ingin dicapai. Cikjuma ada angan² nak upgrade ķepada agent selepas join kelas RDP JB.
Tapi cikjuma takut. Macam² fikir. Kurang keyakinan lagi waktu tu. Tapi partner cikjuma iaitu kak lid Lydia Mina banyak bagi sokongan moral. Dia asyik cakap benda yang sama. "Shima boleh! Shima boleh! Shima boleh!" Shima setiap kali restock masa jadi dropship pun kadang lebih drpd modal untuk upgrade agent. Kenapa tak nak cuba?" Itu adalah sebahagian drpd kata² kak lid. Fikir punya fikir, cikjuma tekad. "Ok kak lid, shima upgrade agent!" Maka 20 May 2020 secara rasminya cikjuma #agentdexandrajohor . Alhamdulillah. . Antara benda² yg menghantui minda ialah kalau upgrade agent banyak benda kena buat. Komitmen lebih tinggi, kena belajar dulu. Itu adalah salah satu apa yg mindset cikjuma fikir. Tapi kak lid cakap, "benda boleh belajar selepas itu shima." Yes!! Exactly. Benda boleh belajar. Dan banyak benda cikjuma belajar sepanjang menjadi reseller de'Xandra. Dan yang paling best. Up & down dalam de'Xandra cikjuma dan kak lid sama² support each others. Kami saling berkongsi. Bercerita. Bertukar pendapat. Saling menasihati. Alhamdulillah syukur sebab kami berada dalam haluan juga jalan yang sama. Sebab tu setiap kali nk pick up stocks cikjuma akan bawa kak lid. Ini adalah salah satu bentuk penghargaan untuk dia. Sebab sepanjang jalan nak sampai ke Dexandra Outlet Tambak Pontian kami akan ada sesi sharing pasal bisnes dalam kereta. . Bila dah pegang level agent ni lain sikit komitmen dan tanggungjawabnya. Kena tindakan luar biasa & boleh bina team sendiri. Cik JUma mula tambah anak² team. Anak² team adalah salah satu amanah yang diberi untuk cikjuma jaga dan juga bentuk mereka supaya kami sama² berjaya. InshaAllah berjaya dunia akhirat. Setakat ni cikjuma masih lagi belajar untuk jadi seorang leader yg bagus. Akan terus belajar dan belajar lagi tanpa henti. Selagi ilmu itu boleh dicari. Doakan semoga cikjuma dapat jadi seorang leader yang bagus dan baik. Aamiin. InshaAllah. Sekarang, Cik Juma turut beri peluang untuk sesiapa yang ada kedai runcit, carwash atau bengkel kereta untuk berniaga Air Freshener Dexandra. Cik JUma keluarkan modal, yang berminat cuma boleh dapat income dari keuntungan jualan Air freshener tu. Kalau berminat boleh hubungi Cik Juma. Klik Link sebelah ni "NAK CIK JUMA BANTU" Permulaan bisnes De'Xandra, Taca dapat modal dari Mama. Terus direct order ke HQ. Masatu tak tahu pun siapa seller dexandra kat Pontian, tak kenal sesiapa pun. Nak dijadikan cerita , taca bayar untuk 80botol ke HQ tapi yang sampai 2 botol sahaja. Masatu dah takut sangat kena tipu tau.. Call² HQ tak respond .. Lebih 70kali wehh aku call tak angkatt mana tak ke cemassss ! Taca pun cari² lagi siapa yg menjual Dexandra ni (sbb masatu Taca tak ada fb) Terjumpa lahh Kak Nona agent dari Pontian juga, taca tanya pada dia betul ke email & no akaun yang taca transferkan duit? Dia kata betul tapi sekarang tengah ada dinner Dexandra so Hq busy tak boleh nak respond Taca. Selepas dari hari kejadian yang Taca cemas seharian tu sebab risau mama marah, Hq minta Taca refer pada Stokis Pontian.. "laaa adaa Stokis Pontian rupanya" Punyaa lah kuno hidup tak adaa facebook masatu .. Maka dari situ lahh Taca berkenalan dengan Stokis Hana Ismail Kami berjumpa di rumah Cikna di Taman Mutiara dan stok 80 botol edp pun bertukar tangan. Sebelum tu sempat juga cikna tanya , "awak nak niaga online ke offline" .. Jawapan taca offline sebab yang ada masatu wechat je (betul² budak wechat) Cikna teruss cakap , " baik awk create 1 fb , sbb bahan marketing semua disediakan melalui group dalam fb" Ohh masa tu lagi semangat sebab dengar dah ada bahan marketing jadi kerja kita kopi & pasta jeee. Balik rumah jee terus bukak satu² stok yang Taca terima. Cium satu² bau minyak wangi yg ada tu. Almaklum lah kita mana kenal bau perfume antarabangsa macam mana bila dah ada depan mata ni, kita terus lahh cium satu² sampai jemm hidung tuu..ahahaha.. Family pun terus bau & beli pilihan masing². So , family lah customer pertama taca. Taca pun mula create FB , add je semuaa yang lalu lalang tu, tak kenal ke kenal ke taca add je sebab masatu fikir nak cari pelanggan. Kali kedua , kebetulan dekat kampung ada kenduri arwah & kenduri sambut bulan Ramadhan. Taca hangkut sekali stok tu ke kampungg tapi masatu mama yang tolong cakapkan, Taca masih malu² kucingg lagi tak reti jual offline tapi rasa kuat hati nak berniaga. Alhamdulillah , dapat close 10botol masa kat kampung. Bahagia nya , tuhan jee tahu. Tiba musim raya , macam tu juga lahh ragamnyaa .. mama yg tolong cakap , taca tukang suggest jee bau yg sesuai.Terima kasih jugaa buat family² yg support taca waktu tu. Dalam tempoh baru berniaga, taca masih lagi bekerja di Kedai Baju. Nak dijadikan cerita, Taca minta balik awal sebab ade Majlis Berbuka Puasa Teamdexhana2u di Hotel Selesa, JB. Rupanya, Boss potong gaji RM50 padahal masuk kerja macam biasa cuma balik awal je. Masatu redha jelah, tapi mengadulah juga dekat stokis. Taca ambil keputusan berhenti kerja nak fokus berniaga. Tak lama lepas tu, Cikna nak berpindah berniaga dari rumah ke kedai baru. Cikna ajak Taca bekerja dengan beliau di Dexandra Outlet Pontian. Dari situlah lah Taca mula kenal semua bau perfume. Bukan sikit² punya perfume lebih kurang 90 jeniss bauan tau! Dapat juga kenal dengan semuaa agent² & dropship dari teamdexhana2u. Bila dah kenal, makin senang lah kita bernetworking. "MULA JOIN BOOTH LUAR" Kali pertama, Taca dapat join booth dengan Kak Su, Kekma di Karnival Pontian. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar & sambutan luar biasaa walaupun ramai yg tak kenal lagi apa tu "De'Xandra". Itulah kali pertama Taca berjual secara offline dan dapat berhadapan dengan pelbagai ragam customer. Waktu siang Kak Su yang jaga booth , sebab Taca masih lagi bekerja waktu siang di outlet. Waktu malam Taca lepas balik kerja terus ke booth berniaga. Kebiasaannya , Karnival akan tamat pada pukul 12 malam, jadi pukul 12 malam Taca dah siap kemas dan balik rumah. Bermula dari kali pertama join Karnival di tambak Pontian tu , Taca dah mula untuk libatkan diri dalam apa2 event yang ada di Pontian. Kali ke 2 taca join event di seaside Pontian, event kalini luarbiasa sikit sebab jemputan artis. Kebetualan booth kami betul² bahagian belakang & paling dekat dengan laut. Bila angin mula kuat je kami mula risaukan hujan sebab kami risau kan tock minyak wangi kami basah atau rosak. Akhirnya apaa yg kami jangka tu betul, hujan turun dengan lebatnyaa. Mujur taca & kawan2 yg lain dah standby plastik untuk tutup stok² perfume. Hujan berhenti je teruskan berniaga macam biasa .. Itulah kali pertama taca dapat merasa apa peniaga² lain rasa bila anginkuat dan hujan lebat. Seterusnyaa, stokis pelawa Taca untuk join booth bazar raya. Semakin lama , Dexandra semakin dikenali. Marketing dari pihak HQ tak henti². Bazar Raya Pontian terletak di tepi laut. Bila dilanda ribut, ramai yg berduka. Habis rosak barang jualan mereka , ada yg pecah, barang² bertebaran, khemah pun beralih, ada juga khemah yang patah.. Alhamdulillah , booth kami cuma meja beralih, mentol jatuh dan pecah serta flyers bersepah. Stok tak terkesan sebab kami bawa balik setiap hari. Kadang² bila difikirkan semula, macam tak percaya diusia muda taca mampu berhadapan dengan banyak pengalaman berniaga. Kalau dulu malu nak berhadapan dengan org luar, takde keyakinan diri langsung, tapi dengan pengalaman menjual Dexandra ni , taca dapat belajar banyak benda. Banyak jugaa nasihat & ilmu dari Cikna yg Taca gunakan dalam perniagaan walaupun taca tak pernah join mana² class even DFO. Terima kasihh kak Hana Ismail banyak ajar tentang ilmu perniagaan itu ini boleh itu ini tak boleh. ******************************** Begitulah kisah Taca seorang anak muda yang awalnya pemalu, bertindak luar biasa dan sekarang lebih yakin dengan dirinya. Taca juga ada sediakan peluang berniaga untuk mereka yang nak join Dropship beliau. TAHNIAH TACA! "TAK PERLU JADI HEBAT UNTUK MULA BERNIAGA TAPI KITA PERLU BERANI UNTUK MEMULAKANNYA!!"-Saudah1/27/2021
Kali ini kami kongsikan kisah Kak Saudah, salah seorang dari team leader yang kekal sebagai top ejen sejak 2015. Baca sampai habis, mungkin perjalanan bisnes Kak Saudah ada yang lebih kurang sama dengan anda.
Berniaga dan bekerja. Bukan mudah sebab kena berbagi masa. ********************************** Dari asal berniaga nak isi masa lapang bertukar jadi minat dan rasa seronok bila dah dapat pegang duit dan kira keuntungan. Perkara pertama yg aku buat mula2 nak start biz adalah aku buang perasaan malu aku jauh2 dan aku kena berani. Mula2 tu memang malu nak berniaga sebab aku tak pernah pun terjebak dalam biz. Selama ni hidup makan gaji dan sekarang pun masih makan gaji lagi Lepas aku dah jadi agent Dexandra aku dapat 40 botol minyak wangi, smell card dan flyer.. masa dlm perjalanan balik ke rumah dari umah cikna tu terfikir juga macam mana aku nak start menjual Dexandra ni... aku pun tak pernah beli dan pakai Dexandra ni. Cabaran aku masa mula2 meniaga Dexandra tu adalah aku tak pandai pun bau2 perfume ni. Aku dan suami aku pengguna perfume Bodyshop. Aku sedar diri yg aku tak pandai pasal bau2 perfume so aku belajar. Baca dan cari info. So dari tak pandai aku start belajar tentang wangian. Aku beli tester setiap bauan untuk mudahkan aku mencium bau2 tersebut. Kalo orang tanya aku pun tak reti nak jawab mcm mana. So aku gunakan katalog dari cikna yg masih aku simpan sehingga hari ni.. aku bau tester dan refer katalog.. nak feel bau dia macam mana.. Cikna ajar kalo nak tau bau perfume search kat web fragrantica.com. Pada masa yg sama biz emas tetap aku buat. So aku kena bahagikan masa aku time bekerja dan part time aku tokey emas dan jual Dexandra. Aku masih ingat aku guna ayat PENJUAL EMAS YG WANGI bila nak post kat ig dan fb. Poyo je ayat tu kan...haha Kadang2 aku pun confuse masa tu nak iklan emas ke Dexandra.. untuk adil ku selang selikan iklan powergold dan Dexandra. Aku start slow buat powergold kerana masa tu aku ada ada lebih kurang 15 orang bawah aku tapi semuanya joint powergold sebab nak saving sahaja.. tak de seorang pun yg menunjukkan minat nak buat networking macam aku. so kaki aku tak boleh nak berkembang dan aku tak boleh menikmati bonus yg sampai 3 level tu. Give up juga aku masa tu..duit dah habis banyak sebab dah daftar pakej super powergold berjumlah RM3,800. So nak buat macam mana kita tak boleh nak paksa orang kan..asalnya memang nak ajak diaorang menabung emas dan joint Powergold supaya dapat harga ahli. Aku teruskan juga konsisten beli emas dan menabung emas 1gram 1 bulan. Based on trust orang akan beli dengan kita. Kawan2 yg beli emas ada juga yg beli Dexandra. Kebanyakan customer yg membeli adalah kawan2 aku dan kawan sek suami. Set tester memang sangat membantu aku buat jualan..Yang paling penting aku dan suami aku kena wangi dulu.. Bila dah wangiii tu in sya Allah ada je tegur...eeiii wanginya awak.. Pakai perfume apa ni?? So lagilah senang nak menjual Bila jumpa kawan2 aku akan zass dulu bagi diri aku harum semerbak dan akan bawa tester.. dari situ kawan2 aku suka bau Dexandra dan start membeli. Bila kawan2 dah membeli banyak aku offer jadi Dropship sebab dapat harga ahli. Cikna juga ajar bina team sendiri.. konsep berkongsi rezeki. Ayat yg aku copy dari cikna "Rezeki Untuk Dikongsi Bukan Dimonopoli" Pada 19 Dis 2015 Hana Ismail ada buat first gathering #teamdexhana2u. Masa tu aku bawa Dropship pertama aku joint sekali gathering tu. Masa tu cikna jemput founder Dexandra Puan Ernayanee Nur Julaimi. First time aku jumpa dan peluk founder Dexandra. Masa tu terasa aura jutawan dia. Pesan dia ketika itu do the best to biz. Business is YOU...Kalau you BEST.. Business you akan BEST.. Customer pun suka sebab you BEST..Sales you lagi akan BEST Seronoknya aku dengar cerita Pn Erna. Dia cerita pasal target dan bina team melalui dropship. Dia kata dalam marketing kena tunjukkan diri kita. Kena konsisten. Kena pandai nak pengaruhi orang membeli dengan kita. Aku juga amik semangat kawan2 dalam #teamdexhana2u. Power2 diaorang masa tu ke sana ke sini joint booth. Aku tak joint sebab aku bekerja dan weekend adalah hari untuk family aku. Lepas gathering aku bertambah semangat nak ambil lebih ramai dropship. Alhamdulillah aku cuba konsisten post Dexandra di ig, Page dan fb personal aku. Lebih bersemangat bila asben aku memberi sokongan kepada aku... dia pun start menjual kat kawan2 sekolah dia. Bila meeting di KL dia pun bawa sekali Dexandra. Dia lebih suka naik bas kalau ke KL. Kesian dia masa tu bawa luggage berat isi Dexandra turun naik bas. Yang ni antara cabaran aku mula2 ada team. Dropship2 aku kalo nak tanya stok tak kira masa. siang kan aku kerja..itu antara cabaran aku juga tak dapat nak respond secepat mungkin kalo diaorang tanya stok ada ke tak. Time kerja tak delah nak mengadap handphone 24 jam kan... Pada 18 Mac 2016 cikna buat kelas untuk belajar buat webshop dan weebly. Masa tu tercetus nama #Odah2u. Aku pun blur nak letak apa nama web shop aku. Masa tu Ayu bagi cadangkan letak nama Odah2u supaya nampak catchy dan senang nak ingat. Bermula dari situlah aku start guna nama #Odah2u sehingga ke hari ni. Kiranya itulah personal branding aku. Lepas aku balik kelas, aku nekad dan bersungguh-sungguh nak siapkan webshop dan weebly aku. Masa tu aku kena upload gambar produk sendiri. Nak kerja senang aku copy paste web dan website weebly cikna. Aku nak mudahkan dropship aku check stok dan order terus klik kat web shop. Sebab siang kan aku bekerja..jadi aku nak mudahkan diaorang. Kesungguhan aku web shop aku siap dalam masa seminggu.. .fuhh masa tu banggalah juga sebab dah de kedai online sendiri. Web ni aku bayar terus setahun dapat jimat banyak juga. 1 April 2016 aku dah wajibkan dropship2 aku order melalui webshop aku www.odah2u.shoppy.my Alhamdulillah~ Terima kasih keluarga, sahabat tersayang, Dropship dan customer tersayang. Terima kasih kerana berkongsi rezeki dengan aku. Terima kasih kerana berkongsi bahagia dengan aku. Kak Rose yang bermula sebagai dropship dan kemudian upgred ke ejen. Berdaftar sebagai ejen Senai, namun sekarang kak rose telah berpindah ke Pekan, Pahang mengikut suaminya yang bertugas sebagai guru. . Walaupun berjauhan, bukan alasan dari kak rose utk datang collect stok di Dexandra Outlet Johor. Sehingga kini, Kak rose antara top ejen dexhana2u. Macam mana kak rose jual dexandra? Kak rose sama macam Cikna dulu2... betul2 copy paste. Kerap join car boot sale, booth & event. Kak rose sanggup dr Pahang ke Johor kalau ada booth di Johor. . Walaupun dropship beliau tak berapa aktif, beliau yg aktifkan diri sendiri coz 'passion', nak capai impiannya dan kak rose buat dengan gigih coz 'BIG WHY'nya (keluarga) . Dengan izinNya, Kak Rose dapat capai apa yg diimpikannya. NISSAN NAVARA, Emas 916, Iphone dan banyak lagi. Best kan! Syukur Alhamdulillah~ TAHNIAH KAK ROSE! . Orang bisnes, kadang2 ada rasa penat, letih, struggle utk capai impian. Kadang-kadang emosi boleh down tetiba, namun bila ingat balik BIG WHY tu, insyaAllah semangat membuak2 berapi2 🔥 . Apa tu BIG WHY? Big why ni SEBAB UTAMA kita buat sesuatu dengan sungguh-sungguh. Jadikan kita semangat untuk buat lebih luar biasa. Yakin dan percayalah dengan diri sendiri. Setiap orang dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Kita takkan tahu kalau kita tak mula bertindak. Kak Rose boleh, uols mesti boleh! USAHA + DOA + TAWAKAL InsyaAllah dengan izinNya. Kan ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA. 5 tahun lalu,kekMa bermula dengan dropship dan upgrade ke ejen distributor.
Hanya ada SOHO dan alhamdulillah pada 17 Januari 2017, kiosk kekMa mula beroperasi di Tesco Kulai. Bermula sesuatu yang baru dan besar dalam hidup kekMa. Bukan mudah nak mengurus kiosk seperti yang kekma fikirkan terutama staff. Kerana staff adalah nadi sesebuah syarikat. ILMU paling penting dalam bisnes. jangan kedekut wang ringgit untuk tambah ilmu. Hargai setiap ilmu walau hanya sepotong ayat. . Alhamdulillah,mentor kekMa Hana Ismail sentiasa ada memberi semangat. Tak tahu bertanya, perbaiki diri dan sentiasa upgrade ilmu, recharge jika rasa tersasar dari landasan. kembali muhasabah diri. . Alhamdulillah dengan De'Xandra, kekMa terpilih ke Jakarta bersama-sama stokis dan beberapa ejen Dexhana2u yang lain. Semua nya free, hanya sedia passport dan wang kocek. Itu pun kekma tukar RM500 je dan jadi #jutawan kat negara orang😍🤣. . Inilah kali pertama kekMa naik kapal terbang. Dulu kecik-kecik..lambai je dari bumi dongak ke langit. Dan kekma berdoa pada Allah,nak duduk sebelah tingkap coz kekma nak tengok bumi. Allahurobbi, Allah baik sangat. Doa KekMa dimakbulkan. Sepanjang perjalanan ke jakarta kekMa tak tido hanya memandang ke bumi sambil berzikir dan tanpa sedar,ade airmata yang mengalir.. melihat kebesaran dan keagungan Allah.😭😭 Syukur, asbab dexandra Kekma top 10 ejen waktu tu layak dapat terbang ke Jakarta dengan #percuma. . Alhamdulillah, niat Kekma awal berniaga dulu, untuk anak. Allah permudahkan. Dapat beli laptop untuk kerja, dapat beli handphone cash dgn hasil keuntungan dexandra (ini sebab tab kekma indah dudukkan sampai pecah lcd)😭 Dapat daftar anak ke sekolah asrama dan banyak lagi nikmat dan pencapaian sepanjang 5 tahun bersama De'Xandra. . . . Begitulah coretan yang Kekma kongsikan di ruangan pesbuknya sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat berniaga berjemaah bersama De'Xandra. Tahniah Kekma! |