5 tahun lalu,kekMa bermula dengan dropship dan upgrade ke ejen distributor.
Hanya ada SOHO dan alhamdulillah pada 17 Januari 2017, kiosk kekMa mula beroperasi di Tesco Kulai. Bermula sesuatu yang baru dan besar dalam hidup kekMa. Bukan mudah nak mengurus kiosk seperti yang kekma fikirkan terutama staff. Kerana staff adalah nadi sesebuah syarikat. ILMU paling penting dalam bisnes. jangan kedekut wang ringgit untuk tambah ilmu. Hargai setiap ilmu walau hanya sepotong ayat. . Alhamdulillah,mentor kekMa Hana Ismail sentiasa ada memberi semangat. Tak tahu bertanya, perbaiki diri dan sentiasa upgrade ilmu, recharge jika rasa tersasar dari landasan. kembali muhasabah diri. . Alhamdulillah dengan De'Xandra, kekMa terpilih ke Jakarta bersama-sama stokis dan beberapa ejen Dexhana2u yang lain. Semua nya free, hanya sedia passport dan wang kocek. Itu pun kekma tukar RM500 je dan jadi #jutawan kat negara orang😍🤣. . Inilah kali pertama kekMa naik kapal terbang. Dulu kecik-kecik..lambai je dari bumi dongak ke langit. Dan kekma berdoa pada Allah,nak duduk sebelah tingkap coz kekma nak tengok bumi. Allahurobbi, Allah baik sangat. Doa KekMa dimakbulkan. Sepanjang perjalanan ke jakarta kekMa tak tido hanya memandang ke bumi sambil berzikir dan tanpa sedar,ade airmata yang mengalir.. melihat kebesaran dan keagungan Allah.😭😭 Syukur, asbab dexandra Kekma top 10 ejen waktu tu layak dapat terbang ke Jakarta dengan #percuma. . Alhamdulillah, niat Kekma awal berniaga dulu, untuk anak. Allah permudahkan. Dapat beli laptop untuk kerja, dapat beli handphone cash dgn hasil keuntungan dexandra (ini sebab tab kekma indah dudukkan sampai pecah lcd)😭 Dapat daftar anak ke sekolah asrama dan banyak lagi nikmat dan pencapaian sepanjang 5 tahun bersama De'Xandra. . . . Begitulah coretan yang Kekma kongsikan di ruangan pesbuknya sebagai tanda kesyukuran terhadap nikmat berniaga berjemaah bersama De'Xandra. Tahniah Kekma! |