"TAK PERLU JADI HEBAT UNTUK MULA BERNIAGA TAPI KITA PERLU BERANI UNTUK MEMULAKANNYA!!"-Saudah1/27/2021
Kali ini kami kongsikan kisah Kak Saudah, salah seorang dari team leader yang kekal sebagai top ejen sejak 2015. Baca sampai habis, mungkin perjalanan bisnes Kak Saudah ada yang lebih kurang sama dengan anda.
Berniaga dan bekerja. Bukan mudah sebab kena berbagi masa. ********************************** Dari asal berniaga nak isi masa lapang bertukar jadi minat dan rasa seronok bila dah dapat pegang duit dan kira keuntungan. Perkara pertama yg aku buat mula2 nak start biz adalah aku buang perasaan malu aku jauh2 dan aku kena berani. Mula2 tu memang malu nak berniaga sebab aku tak pernah pun terjebak dalam biz. Selama ni hidup makan gaji dan sekarang pun masih makan gaji lagi Lepas aku dah jadi agent Dexandra aku dapat 40 botol minyak wangi, smell card dan flyer.. masa dlm perjalanan balik ke rumah dari umah cikna tu terfikir juga macam mana aku nak start menjual Dexandra ni... aku pun tak pernah beli dan pakai Dexandra ni. Cabaran aku masa mula2 meniaga Dexandra tu adalah aku tak pandai pun bau2 perfume ni. Aku dan suami aku pengguna perfume Bodyshop. Aku sedar diri yg aku tak pandai pasal bau2 perfume so aku belajar. Baca dan cari info. So dari tak pandai aku start belajar tentang wangian. Aku beli tester setiap bauan untuk mudahkan aku mencium bau2 tersebut. Kalo orang tanya aku pun tak reti nak jawab mcm mana. So aku gunakan katalog dari cikna yg masih aku simpan sehingga hari ni.. aku bau tester dan refer katalog.. nak feel bau dia macam mana.. Cikna ajar kalo nak tau bau perfume search kat web fragrantica.com. Pada masa yg sama biz emas tetap aku buat. So aku kena bahagikan masa aku time bekerja dan part time aku tokey emas dan jual Dexandra. Aku masih ingat aku guna ayat PENJUAL EMAS YG WANGI bila nak post kat ig dan fb. Poyo je ayat tu kan...haha Kadang2 aku pun confuse masa tu nak iklan emas ke Dexandra.. untuk adil ku selang selikan iklan powergold dan Dexandra. Aku start slow buat powergold kerana masa tu aku ada ada lebih kurang 15 orang bawah aku tapi semuanya joint powergold sebab nak saving sahaja.. tak de seorang pun yg menunjukkan minat nak buat networking macam aku. so kaki aku tak boleh nak berkembang dan aku tak boleh menikmati bonus yg sampai 3 level tu. Give up juga aku masa tu..duit dah habis banyak sebab dah daftar pakej super powergold berjumlah RM3,800. So nak buat macam mana kita tak boleh nak paksa orang kan..asalnya memang nak ajak diaorang menabung emas dan joint Powergold supaya dapat harga ahli. Aku teruskan juga konsisten beli emas dan menabung emas 1gram 1 bulan. Based on trust orang akan beli dengan kita. Kawan2 yg beli emas ada juga yg beli Dexandra. Kebanyakan customer yg membeli adalah kawan2 aku dan kawan sek suami. Set tester memang sangat membantu aku buat jualan..Yang paling penting aku dan suami aku kena wangi dulu.. Bila dah wangiii tu in sya Allah ada je tegur...eeiii wanginya awak.. Pakai perfume apa ni?? So lagilah senang nak menjual Bila jumpa kawan2 aku akan zass dulu bagi diri aku harum semerbak dan akan bawa tester.. dari situ kawan2 aku suka bau Dexandra dan start membeli. Bila kawan2 dah membeli banyak aku offer jadi Dropship sebab dapat harga ahli. Cikna juga ajar bina team sendiri.. konsep berkongsi rezeki. Ayat yg aku copy dari cikna "Rezeki Untuk Dikongsi Bukan Dimonopoli" Pada 19 Dis 2015 Hana Ismail ada buat first gathering #teamdexhana2u. Masa tu aku bawa Dropship pertama aku joint sekali gathering tu. Masa tu cikna jemput founder Dexandra Puan Ernayanee Nur Julaimi. First time aku jumpa dan peluk founder Dexandra. Masa tu terasa aura jutawan dia. Pesan dia ketika itu do the best to biz. Business is YOU...Kalau you BEST.. Business you akan BEST.. Customer pun suka sebab you BEST..Sales you lagi akan BEST Seronoknya aku dengar cerita Pn Erna. Dia cerita pasal target dan bina team melalui dropship. Dia kata dalam marketing kena tunjukkan diri kita. Kena konsisten. Kena pandai nak pengaruhi orang membeli dengan kita. Aku juga amik semangat kawan2 dalam #teamdexhana2u. Power2 diaorang masa tu ke sana ke sini joint booth. Aku tak joint sebab aku bekerja dan weekend adalah hari untuk family aku. Lepas gathering aku bertambah semangat nak ambil lebih ramai dropship. Alhamdulillah aku cuba konsisten post Dexandra di ig, Page dan fb personal aku. Lebih bersemangat bila asben aku memberi sokongan kepada aku... dia pun start menjual kat kawan2 sekolah dia. Bila meeting di KL dia pun bawa sekali Dexandra. Dia lebih suka naik bas kalau ke KL. Kesian dia masa tu bawa luggage berat isi Dexandra turun naik bas. Yang ni antara cabaran aku mula2 ada team. Dropship2 aku kalo nak tanya stok tak kira masa. siang kan aku kerja..itu antara cabaran aku juga tak dapat nak respond secepat mungkin kalo diaorang tanya stok ada ke tak. Time kerja tak delah nak mengadap handphone 24 jam kan... Pada 18 Mac 2016 cikna buat kelas untuk belajar buat webshop dan weebly. Masa tu tercetus nama #Odah2u. Aku pun blur nak letak apa nama web shop aku. Masa tu Ayu bagi cadangkan letak nama Odah2u supaya nampak catchy dan senang nak ingat. Bermula dari situlah aku start guna nama #Odah2u sehingga ke hari ni. Kiranya itulah personal branding aku. Lepas aku balik kelas, aku nekad dan bersungguh-sungguh nak siapkan webshop dan weebly aku. Masa tu aku kena upload gambar produk sendiri. Nak kerja senang aku copy paste web dan website weebly cikna. Aku nak mudahkan dropship aku check stok dan order terus klik kat web shop. Sebab siang kan aku bekerja..jadi aku nak mudahkan diaorang. Kesungguhan aku web shop aku siap dalam masa seminggu.. .fuhh masa tu banggalah juga sebab dah de kedai online sendiri. Web ni aku bayar terus setahun dapat jimat banyak juga. 1 April 2016 aku dah wajibkan dropship2 aku order melalui webshop aku www.odah2u.shoppy.my Alhamdulillah~ Terima kasih keluarga, sahabat tersayang, Dropship dan customer tersayang. Terima kasih kerana berkongsi rezeki dengan aku. Terima kasih kerana berkongsi bahagia dengan aku. |