De'Xhana2u telah diasaskan oleh Hana Ismail yg asalnya seorang surirumah sepenuh masa. Ia diwujudkan setelah 2 tahun Pn Hana berniaga online yang pada awalnya sekadar berniaga suka-suka sebagai Dropship pelbagai produk. Pada awal Januari 2015, De'Xhana2u telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. De'Xhana2u merupakan sebuah syarikat hak milik bumiputera.
Pada awal Ogos 2015, De'xhana2u telah dilantik sebagai Stokis Sah Dexandra Pertama di Johor Kepakaran De'Xhana2u adalah membantu khasnya surirumah dan pelajar untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Kini De'Xhana2u mempunyai seramai lebih 200 orang wakil jualan yang aktif. Semoga matlamat utama De'Xhana2u untuk membantu lebih ramai surirumah menambah pendapatan dan mencapai impian akan tercapai. Aamiin Ya Rabbal Alamin~
"REZEKI UNTUK DIKONGSI, BUKAN UTUK DIMONOPOLI" "SAMA2 KAYA, SAMA2 BERJAYA"