Permulaan bisnes De'Xandra, Taca dapat modal dari Mama. Terus direct order ke HQ. Masatu tak tahu pun siapa seller dexandra kat Pontian, tak kenal sesiapa pun. Nak dijadikan cerita , taca bayar untuk 80botol ke HQ tapi yang sampai 2 botol sahaja. Masatu dah takut sangat kena tipu tau.. Call² HQ tak respond .. Lebih 70kali wehh aku call tak angkatt mana tak ke cemassss ! Taca pun cari² lagi siapa yg menjual Dexandra ni (sbb masatu Taca tak ada fb) Terjumpa lahh Kak Nona agent dari Pontian juga, taca tanya pada dia betul ke email & no akaun yang taca transferkan duit? Dia kata betul tapi sekarang tengah ada dinner Dexandra so Hq busy tak boleh nak respond Taca. Selepas dari hari kejadian yang Taca cemas seharian tu sebab risau mama marah, Hq minta Taca refer pada Stokis Pontian.. "laaa adaa Stokis Pontian rupanya" Punyaa lah kuno hidup tak adaa facebook masatu .. Maka dari situ lahh Taca berkenalan dengan Stokis Hana Ismail Kami berjumpa di rumah Cikna di Taman Mutiara dan stok 80 botol edp pun bertukar tangan. Sebelum tu sempat juga cikna tanya , "awak nak niaga online ke offline" .. Jawapan taca offline sebab yang ada masatu wechat je (betul² budak wechat) Cikna teruss cakap , " baik awk create 1 fb , sbb bahan marketing semua disediakan melalui group dalam fb" Ohh masa tu lagi semangat sebab dengar dah ada bahan marketing jadi kerja kita kopi & pasta jeee. Balik rumah jee terus bukak satu² stok yang Taca terima. Cium satu² bau minyak wangi yg ada tu. Almaklum lah kita mana kenal bau perfume antarabangsa macam mana bila dah ada depan mata ni, kita terus lahh cium satu² sampai jemm hidung tuu..ahahaha.. Family pun terus bau & beli pilihan masing². So , family lah customer pertama taca. Taca pun mula create FB , add je semuaa yang lalu lalang tu, tak kenal ke kenal ke taca add je sebab masatu fikir nak cari pelanggan. Kali kedua , kebetulan dekat kampung ada kenduri arwah & kenduri sambut bulan Ramadhan. Taca hangkut sekali stok tu ke kampungg tapi masatu mama yang tolong cakapkan, Taca masih malu² kucingg lagi tak reti jual offline tapi rasa kuat hati nak berniaga. Alhamdulillah , dapat close 10botol masa kat kampung. Bahagia nya , tuhan jee tahu. Tiba musim raya , macam tu juga lahh ragamnyaa .. mama yg tolong cakap , taca tukang suggest jee bau yg sesuai.Terima kasih jugaa buat family² yg support taca waktu tu. Dalam tempoh baru berniaga, taca masih lagi bekerja di Kedai Baju. Nak dijadikan cerita, Taca minta balik awal sebab ade Majlis Berbuka Puasa Teamdexhana2u di Hotel Selesa, JB. Rupanya, Boss potong gaji RM50 padahal masuk kerja macam biasa cuma balik awal je. Masatu redha jelah, tapi mengadulah juga dekat stokis. Taca ambil keputusan berhenti kerja nak fokus berniaga. Tak lama lepas tu, Cikna nak berpindah berniaga dari rumah ke kedai baru. Cikna ajak Taca bekerja dengan beliau di Dexandra Outlet Pontian. Dari situlah lah Taca mula kenal semua bau perfume. Bukan sikit² punya perfume lebih kurang 90 jeniss bauan tau! Dapat juga kenal dengan semuaa agent² & dropship dari teamdexhana2u. Bila dah kenal, makin senang lah kita bernetworking. "MULA JOIN BOOTH LUAR" Kali pertama, Taca dapat join booth dengan Kak Su, Kekma di Karnival Pontian. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar & sambutan luar biasaa walaupun ramai yg tak kenal lagi apa tu "De'Xandra". Itulah kali pertama Taca berjual secara offline dan dapat berhadapan dengan pelbagai ragam customer. Waktu siang Kak Su yang jaga booth , sebab Taca masih lagi bekerja waktu siang di outlet. Waktu malam Taca lepas balik kerja terus ke booth berniaga. Kebiasaannya , Karnival akan tamat pada pukul 12 malam, jadi pukul 12 malam Taca dah siap kemas dan balik rumah. Bermula dari kali pertama join Karnival di tambak Pontian tu , Taca dah mula untuk libatkan diri dalam apa2 event yang ada di Pontian. Kali ke 2 taca join event di seaside Pontian, event kalini luarbiasa sikit sebab jemputan artis. Kebetualan booth kami betul² bahagian belakang & paling dekat dengan laut. Bila angin mula kuat je kami mula risaukan hujan sebab kami risau kan tock minyak wangi kami basah atau rosak. Akhirnya apaa yg kami jangka tu betul, hujan turun dengan lebatnyaa. Mujur taca & kawan2 yg lain dah standby plastik untuk tutup stok² perfume. Hujan berhenti je teruskan berniaga macam biasa .. Itulah kali pertama taca dapat merasa apa peniaga² lain rasa bila anginkuat dan hujan lebat. Seterusnyaa, stokis pelawa Taca untuk join booth bazar raya. Semakin lama , Dexandra semakin dikenali. Marketing dari pihak HQ tak henti². Bazar Raya Pontian terletak di tepi laut. Bila dilanda ribut, ramai yg berduka. Habis rosak barang jualan mereka , ada yg pecah, barang² bertebaran, khemah pun beralih, ada juga khemah yang patah.. Alhamdulillah , booth kami cuma meja beralih, mentol jatuh dan pecah serta flyers bersepah. Stok tak terkesan sebab kami bawa balik setiap hari. Kadang² bila difikirkan semula, macam tak percaya diusia muda taca mampu berhadapan dengan banyak pengalaman berniaga. Kalau dulu malu nak berhadapan dengan org luar, takde keyakinan diri langsung, tapi dengan pengalaman menjual Dexandra ni , taca dapat belajar banyak benda. Banyak jugaa nasihat & ilmu dari Cikna yg Taca gunakan dalam perniagaan walaupun taca tak pernah join mana² class even DFO. Terima kasihh kak Hana Ismail banyak ajar tentang ilmu perniagaan itu ini boleh itu ini tak boleh. ******************************** Begitulah kisah Taca seorang anak muda yang awalnya pemalu, bertindak luar biasa dan sekarang lebih yakin dengan dirinya. Taca juga ada sediakan peluang berniaga untuk mereka yang nak join Dropship beliau. TAHNIAH TACA! |